I made this widget at MyFlashFetish.com.

KATA BANYAK MAKNA

Kata Banyak Makna
·         Sesuatu  perkataan itu mempunyai beberapa  makna yang berlainan mengikut konteks ayat.
·         Juga dikenali sebagai polisim.
Contoh :
·         alamat – tanda keterangan tentang tempat  tinggal seseorang.
·         ahli        anggota / pakar  
·         ada       _  boleh didapati di sesuatu  tempat / mempunyai / hidup

Contoh ayat :
·         Langgit mendung alamat hendak hujan.
·         Saya datang ke sini berpandukan alamat ini.

·         Semua buku rujukan saya ada di atas meja.
·         Nenek saya masih ada. Dia tinggal di kampung.
·         Kasman ada seorang adik lelaki.

·         Suhailah ialah ahli Persatuan Bahasa Malaysia.
·         Cita-cita adik ialah menjadi seorang ahli muzik.

Latihan
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang tepat.

     akal      bunga      cerah    kepala    ganjil     lanjut

1.       (a) Doktor memeriksa _____________ adik yang luka kerana terhantuk.
    (b) Polis Berjaya menangkap ___________penjenayah yang dikehendaki.

2.       (a) Nombor lima dan tujuh merupakan nombor ______________.
    (b) Kelakuan Halimah agak __________ sejak kebelakangan ini.

3.       (a) Nenek masih kuat walaupun umurnya sudah __________.
    (b) Cikgu Salmah menerangkan proses fotosentesis dengan lebih ________kepada    murid-muridnya.

4.       (a) Sang Kancil mencari ________ untuk memperdaya Sang Buaya.
    (b) Manusia boleh berfikir dengan baik kerana mempunyai ___________.

5.       (a) Cuaca pada hari ini diramalkan ___________.
    (b) Belajarlah bersungguh-sungguh supaya ___________masa hadapan.

6.       (a) Ayah menghadiahi ibu sejambak ___________mawar.
    (b) Ceti mengenakan ___________yang tinggi kepada pemimjam duit.