Kata Banyak Makna
· Sesuatu perkataan itu mempunyai beberapa makna yang berlainan mengikut konteks ayat.
· Juga dikenali sebagai polisim.
Contoh :
· alamat – tanda keterangan tentang tempat tinggal seseorang.
· ahli – anggota / pakar
· ada _ boleh didapati di sesuatu tempat / mempunyai / hidup
Contoh ayat :
· Langgit mendung alamat hendak hujan.
· Saya datang ke sini berpandukan alamat ini.
· Semua buku rujukan saya ada di atas meja.
· Nenek saya masih ada. Dia tinggal di kampung.
· Kasman ada seorang adik lelaki.
· Suhailah ialah ahli Persatuan Bahasa Malaysia.
· Cita-cita adik ialah menjadi seorang ahli muzik.
Latihan
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang tepat.
akal bunga cerah kepala ganjil lanjut |
1. (a) Doktor memeriksa _____________ adik yang luka kerana terhantuk.
(b) Polis Berjaya menangkap ___________penjenayah yang dikehendaki.
2. (a) Nombor lima dan tujuh merupakan nombor ______________.
(b) Kelakuan Halimah agak __________ sejak kebelakangan ini.
3. (a) Nenek masih kuat walaupun umurnya sudah __________.
(b) Cikgu Salmah menerangkan proses fotosentesis dengan lebih ________kepada murid-muridnya.
4. (a) Sang Kancil mencari ________ untuk memperdaya Sang Buaya.
(b) Manusia boleh berfikir dengan baik kerana mempunyai ___________.
5. (a) Cuaca pada hari ini diramalkan ___________.
(b) Belajarlah bersungguh-sungguh supaya ___________masa hadapan.
6. (a) Ayah menghadiahi ibu sejambak ___________mawar.
(b) Ceti mengenakan ___________yang tinggi kepada pemimjam duit.