I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jenis Ayat

Ayat  berfungsi menyatakan maklumat, membuat pertanyaan, memberi arahan, dan menyatakan perasaan. Kita boleh membahagikan ayat-ayat dalam bahasa Melayu kepada empat jenis menurut fungsi ini iaitu ayat penyata, ayat penanya, ayat arahan, dan ayat seruan.

Ayat Penyata
Ayat penyata menyatakan maklumat atau memberi tekanan kepada maklumat itu.
Contohnya:
1.     Rumah itu rumah papan.
2.     Konstabel polis itu meronda.
3.     Ikan haruan memakan anaknya.
4.     Baju ini besar.
5.     Pagi-pagi di ke sawah.
Ayat Tanya
Ayat tanya menanyakan mengenai sesuatu. Contohnya:
1.     Berapa harga buah ini?
2.     Dari mana tuan datang?
3.     Bagaimana memasak kuih ini ?
4.     Apakah kejayaan beliau?
5.     Bila masanya anda mula bertugas?

Ayat  Arahan
            Ayat arahan memberi arahan. Contoh:
1.     Tolong bawa beg masing-masing.
2.     Hentak kaki.
3.     Jangan bising.
4.     Sila duduk.
5.     Makan sebiji selepas makan.
Ayat Seruan
            Ayat seruan menyatakan perasaan. Contohnya:
1.    Wah, merdu sungguh suaranya!
2.     Aduh, sakitnya kaki saya!
3.     Cis, beraninya kamu melawan aku!
4.     Amboi, besarnya rumah kamu

No comments:

Post a Comment