Tanda baca | Penggunaan | Contoh Ayat |
Tanda noktah ( . ) | Pada akhir ayat penyata Singkatan bagi gelaran, pangkat, jawatan dan sebagainya | Bapa Ali bekerja di Kuala Lumpur. Y.B. Dato’ Karim akan melawat sekolah kami. Dr. Kamariah terkenal di hospital itu. |
Tanda koma ( , ) | Mengasingkan sesuatu yang sama jenis dalam ayat. Selepas kata seru Sebelum tanda pembuka kata ( “ ) atau penutup kata ( “ ) | Emak pergi ke pasar membeli buah oren, epal, tembikai dan betik. Wah, cantiknya kasut kamu! Ali berkata, “saya tidak datang kerana hujan lebat.” “Kita akan bertolak sebentar lagi,”kata Cikgu Anita kepada murid-muridnya. |
Tanda Tanya ( ? ) | Pada akhir ayat tanya | Berapakah harga beg itu? |
Tanda seru ( ! ) | Pada akhir ayat seruan Untuk menunjukkan perasaan marah,sedih,suka dan sebagainya. | Aduh, sakitnya kaki saya! Awaklah yang menyusahkan kami semua! |
Tanda sempang ( - ) | Memisahkan kata-kata dalam kata ganda Merangkaikan imbuhan ke- dengan angka | Murid-murid sedang bermain bola keranjang. Pasukan bola sepak sekolah kami telah mendapat tempat ke – 3 dalam kejohanan itu. |
Tanda pengikat kata ( “.......” ) | Pada awal dan akhir ayat cakap ajuk. | “ Saya suka makan laksa ” kata Siti. |
Tanda noktah bertindih ( : ) | Untuk penerangan lanjut tentang sesuatu Tulis masa
Dalam dialog | Butir-butir tentang konsert adalah seperti berikut : Kami dijangka sampai di sana pada pukul 2:00 petang. Ali: Sudah lamakah kamu sampai?Siti : Tidak, saya baru sampai. |
Garis condong( / ) | Untuk
menggantikan dan
atau dan per Digunakan dalam nombor rujukan surat | Tuan / puan
dikehendaki mengembalikan
borang jawapan
secepat mungkin. Surat tuan yang bernombor rujukan Sek/01/01 telah saya terima. |
Tanda kurung ( ) | Untuk penjelasan tambahan | Kakak saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) tahun ini. |
tak cukup tanda baca...
ReplyDeletecukup lah tu
Deletetak cukup tanda baca: ;
DeleteYa betul
ReplyDeleteLagi perumpaan
ReplyDeleteTq cg sangat bermanfaat
ReplyDeleteBagusss
DeleteBagusssss
ReplyDeleteTq cikgu saya dh faham
ReplyDelete