I made this widget at MyFlashFetish.com.

KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan. Terdapat enam jenis kata bilangan,iaitu:
A . Kata Bilangan Tentu                                  D. Kata Bilangan Pisahan
B. Kata Bilangan Tak tentu                            E. Kata Bilangan Pecahan
C. Kata Bilangan Himpunan                          F. Kata Bilangan Tingkat

(A)   Kata Bilangan Tentu
Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan bilangan yang tentu seperti satu,seratus,seribu, dan dua juta.

(B)   Kata Bilangan Tak tentu
Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu seperti beberapa,sebahagian,semua,seluruh,segala,segelintir,segenap,sebilangan,sekalian,para dan berbagai-bagai.
(C)   Kata Bilangan Himpunan
Kata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan.Kata bilangan tersebut adalah seperti berpuluh-puluh,berates-ratus, dan ketiga-tiga.

(D)   Kata Bilangan Pisahan
Kata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara satu per satu  atau berasingan.Hanya ada dua kata bilangan pisahan, iaitu masing-masing dan setiap/ tiap-tiap.

(E)    Kata Bilangan Pecahan
Kata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berupa pecahan seperti dua per tiga, satu per empat dan setengah.

(F)    Kata Bilangan Tingkat
Kata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan urutan atau giliran seperti pertama, kedua,kesepuluh dan keseratus.


                          

Latihan

A.Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

                Kedua        berdua-dua             dua            kedua-dua                 berdua

1.       Encik Ho memelihara       _____________________ ekor arnab.

2.       Mereka      _____________________ berkawan baik sejak kecil lagi.


3.       ________________________orang murid itu dihukum oleh guru disiplin kerana bergaduh.


4.       Asward mendapat tempat    _______________dalam kelas.


5.       Murid-murid memasuki bilik darjah secara     __________________    .

B. Betulkan kata bilangan bergaris dalam ayat dan salin ayat-ayat semula.
1. Rakyat Malaysia terdiri daripada berbagai kaum.


2. Para-para tetamu dijemput ke kantin untuk menikmati jamuan.
_______________________________________________________________________________
3. Kedua orang ibu bapanya telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi.


4. Pengguna yang seribu memuat turun lagu patriotik itu akan menerima hadiah istimewa.
________________________________________________________________________________

9 comments: