I made this widget at MyFlashFetish.com.

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.
1 subjek
1 predikat
Saya
sakit
Rumah Ali
cantik
Ahmad
tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.
Ayat majmuk
Kata hubung
Ayat tunggal
Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.
dan
(a)      Suhaili  suka makan nasi lemak.
(b)      Suhaili suka makan mi sup.
Rumah yang besar itu rumah Fazli.
Yang
(a)      Rumah itu besar.
(b)      Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
bahawa
(a)      Dia memberitahu.
(b)      Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.
Apabila
(a)      Dia akan balik ke kampung.
(b)      Dia ada masa lapang.

Latihan :
(A)        Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________
2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu.  _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar.    ______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B)         Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.
1.     Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen.                                   sambil
________________________________________
2.    Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman                             dan
_________________________________________
3.    Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru.                       untuk
_________________________________________
4.    Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal.                                       yang
_________________________________________
5.    Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.                            apabila
_________________________________________
6.    Halim kaya.
Halim kedekut.                                                  tetapi
_________________________________________
7.  Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.                  sebelum
__________________________________________
8.  Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang.                              kerana
__________________________________________
9.  Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat.                                             walaupun
__________________________________________

35 comments:

  1. mohon copy cikgu..ada tugasan untuk blog pembelajran..time kasih

    ReplyDelete
  2. Cikgu, kalau ayat majmuk ni ditukar kpd ayat tunggal mcm mana?
    ''Perpustakaan dibuka pada setiap hari kecuali hari isnin''
    Mohon dibalas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba bagikan jawapannya :) :

      1. Perpustakaan dibuka pada setiap hari
      2. Perpustakaan tidak dibuka pada hari Isnin. (kecuali)

      *ini dah macam soalan KBAT ni....heheheh

      Delete
  3. nak tanya..menuturkan seerti dengan apa ye?

    ReplyDelete
  4. bagus jugak utk ajar anak-anak saya berkongsi ya cikgu..

    ReplyDelete
  5. mohon untuk jawapan latihan

    ReplyDelete
  6. bagus tapi lain kali jangan bagi jawapan super...!

    ReplyDelete
  7. mohon kongsi. Cik Gu selain Pembelajaran Ayat tunggal dan Majmuk tajuk apa lagi yang susah atau selalu membuatkan murid2 keliru dan saya mohon cik gu ajarkan. terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Saya copy ya.. smoga phala jariah berpnjangn.. tq

    ReplyDelete
  9. cikgu ayt mjmuk brbilg predkt mcm mna

    ReplyDelete
  10. cikgu ayt mjmuk brbilg predkt mcm mna

    ReplyDelete
  11. Payoh nye soalan anok...kite pun xreti nk buat..huhu

    ReplyDelete
  12. Payoh nye soalan anok...kite pun xreti nk buat..huhu

    ReplyDelete
  13. Tkasih , sy upload ye utk ank2 murid saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Hello cikgu. Mohon jawapan

    ReplyDelete
  16. tumpang tanya cikgu,haritu saya ad blajar yg "kerana" tak boleh dgunakn sbgai kata hubung,ttapi cikgu ad guna hubung "kerana" . agak keliru di situ.

    ReplyDelete
  17. saya minta copy ajar murid saya pendidikan khas

    ReplyDelete
  18. saya minta copy ajar murid saya pendidikan khas

    ReplyDelete