I made this widget at MyFlashFetish.com.

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.
1 subjek
1 predikat
Saya
sakit
Rumah Ali
cantik
Ahmad
tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.
Ayat majmuk
Kata hubung
Ayat tunggal
Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.
dan
(a)      Suhaili  suka makan nasi lemak.
(b)      Suhaili suka makan mi sup.
Rumah yang besar itu rumah Fazli.
Yang
(a)      Rumah itu besar.
(b)      Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
bahawa
(a)      Dia memberitahu.
(b)      Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.
Apabila
(a)      Dia akan balik ke kampung.
(b)      Dia ada masa lapang.

Latihan :
(A)        Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________
2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu.  _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar.    ______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B)         Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.
1.     Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen.                                   sambil
________________________________________
2.    Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman                             dan
_________________________________________
3.    Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru.                       untuk
_________________________________________
4.    Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal.                                       yang
_________________________________________
5.    Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.                            apabila
_________________________________________
6.    Halim kaya.
Halim kedekut.                                                  tetapi
_________________________________________
7.  Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.                  sebelum
__________________________________________
8.  Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang.                              kerana
__________________________________________
9.  Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat.                                             walaupun
__________________________________________

95 comments:

  1. cikgu,nk mohon jawapan boleh?

    ReplyDelete
  2. mohon copy cikgu..ada tugasan untuk blog pembelajran..time kasih

    ReplyDelete
  3. Cikgu, kalau ayat majmuk ni ditukar kpd ayat tunggal mcm mana?
    ''Perpustakaan dibuka pada setiap hari kecuali hari isnin''
    Mohon dibalas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba bagikan jawapannya :) :

      1. Perpustakaan dibuka pada setiap hari
      2. Perpustakaan tidak dibuka pada hari Isnin. (kecuali)

      *ini dah macam soalan KBAT ni....heheheh

      Delete
    2. 1. Perpustakaan dibuka setiap hari
      2. Perpustakaan ditutup pada hari Isnin

      Delete
    3. perpustakaan dibuka setiap hari kecuali hari Isnin

      Delete
    4. Perpustakaan dibuka setiap hari selain hari isnin.Aku try" jakk hahahaha

      Delete
  4. nak tanya..menuturkan seerti dengan apa ye?

    ReplyDelete
  5. bagus jugak utk ajar anak-anak saya berkongsi ya cikgu..

    ReplyDelete
  6. mohon untuk jawapan latihan

    ReplyDelete
  7. bagus tapi lain kali jangan bagi jawapan super...!

    ReplyDelete
  8. mohon kongsi. Cik Gu selain Pembelajaran Ayat tunggal dan Majmuk tajuk apa lagi yang susah atau selalu membuatkan murid2 keliru dan saya mohon cik gu ajarkan. terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Saya copy ya.. smoga phala jariah berpnjangn.. tq

    ReplyDelete
  10. cikgu ayt mjmuk brbilg predkt mcm mna

    ReplyDelete
  11. cikgu ayt mjmuk brbilg predkt mcm mna

    ReplyDelete
  12. Payoh nye soalan anok...kite pun xreti nk buat..huhu

    ReplyDelete
  13. Payoh nye soalan anok...kite pun xreti nk buat..huhu

    ReplyDelete
  14. Tkasih , sy upload ye utk ank2 murid saya.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Hello cikgu. Mohon jawapan

    ReplyDelete
  17. Hello cikgu. Mohon jawapan

    ReplyDelete
  18. Hello cikgu. Mohon jawapan

    ReplyDelete
  19. tumpang tanya cikgu,haritu saya ad blajar yg "kerana" tak boleh dgunakn sbgai kata hubung,ttapi cikgu ad guna hubung "kerana" . agak keliru di situ.

    ReplyDelete
  20. saya minta copy ajar murid saya pendidikan khas

    ReplyDelete
  21. saya minta copy ajar murid saya pendidikan khas

    ReplyDelete
  22. Mohon copy ya untuk student saya

    ReplyDelete
  23. mohon copy ye cikgu untuk student saya.

    ReplyDelete
  24. bukan jer murid2 keliru, cik gu pun keliru..gak,..sesuai ke di peringkat upsr..

    ReplyDelete
  25. saya share ya, copy untuk murid jazakaALLAH

    ReplyDelete
  26. a) Mereka melawat Pusat Kraf Tangan di Kuala Lumpur.
    b) Mereka bermain bola di halaman rumah.

    Nak tanya cikgu, kedua-dua ayat adalah ayat tunggal atau bukan ayat tungal?

    ReplyDelete
  27. yall stupid as hell man...why is there a picture of a racoon...man im scared....you fucking kidding? WTF MAN

    ReplyDelete
  28. mohon guna bahan..terima kasih banyak

    ReplyDelete
  29. bestlah buat kerja ni banyak faedah

    ReplyDelete
  30. Mcm mn nk cerakinkan "kanak-kanak itu pulang ke rumah masing-masing tatkala hari mulai senja"

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat membantu, kalau boleh seterkan sekali jawapan untuk disemak itu lagi bagus

      Delete
  31. Hari ke tiga sek..anak tanya apa ayat tunggal dan ayat majmuk..mujur ada blog ni...bleh la bantu2 fahamkan anak2...tq very much...

    ReplyDelete
  32. Wow.... Helpful..... Timoseh Cikgu

    ReplyDelete
  33. mohon izin guna bahan untuk mengajar. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  34. cikgu,mohon copy maklumat di atas ye.tima kasih kerana mempermudahkan urusan ramai orang.jazakumullahu khairan.

    ReplyDelete
  35. Terima kasih kongsi ilmu alhamdullillah saya faham

    ReplyDelete
  36. Mohon untuk buat salinan ya cikgu. Terima kasih

    ReplyDelete
  37. Zara melayari internet menggunakan tablet

    ReplyDelete
  38. cgu, saya nak tanya kalau ayat Danial meletakkan baju kotor itu ke dalam bakul di hadapan biliknya selepas pulang dari sekolah bagaimana nak tukar kepada ayat tunggal?

    ReplyDelete
  39. mohon izin untuk copy dan beri kepada pelajar

    ReplyDelete
  40. Pnatlah saya buat kerja nii....HAHAHAHA

    ReplyDelete
  41. contoh ayat : jika keputusan Bahasa Melayu saya lulus, saya tidak perlu mengulanginya semula pada semester hadapan.
    mohon jawapan;(

    ReplyDelete
  42. Nak tanya.. Kalau "dengan" ? Dengan tu kata hubung ke ? Contoh ayt majmuk macam pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang" sedia ada dengan tegas

    ReplyDelete
  43. Cikgu sebelum tu bukan kata hubung

    ReplyDelete
  44. Mohon share untuk buat latihan ya cikgu

    ReplyDelete
  45. halalkan untuk saya copy cikgu, terima kasih

    ReplyDelete