I made this widget at MyFlashFetish.com.

HUBUNGAN MAKNA ANTARA PERKATAAN

Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa mempunyai hubungan antara satu dengan lain. Hubungan-hubungan itu mungkin didasarkan kepada:
Sinonim
Dua perkataan atau lebih yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan bentuknya disebut sinonim.Perkataan-perkataan ini mempunyai makna yang hampir-hampir sama walaupun tidak seratus- peratus sama maknanya. Perkataan undang-undang dan peraturan misalnya, sekali pandang maknanya sama tetapi kedua-duanya tidak boleh digunakan pada tempat yang seratus –peratus sama. Kita boleh mengatakan peraturan sekolah tetapi tidak boleh menyebut undang-undang sekolah. Begitu juga dengan kata-kata jemput dan undang yang seakan-akan sama maknanya. Sebenarnya jemput digunakan dalam konteks perbualan manakala undang dalam majlis rasmi atau secara bertulis.
Terdapat juga kata-kata sinonim yang diucapkan berdasarkan gaya bahasa yang dituturkan atau mengikut kesan yang hendak ditimbulkan. Kata-kata seperti kojol, mampus, mangkat, dan wafat, semuanya bermaksud mati. Namun kojol dan mampus diucapkan dalam keadaan benci atau kurang sopan, mangkat digunakan untuk raja dan wafat untuk nabi dan ulama. Walaupun begitu, perkataan-perkataan tersebut dikatakan ada pertalian dari segi kesinonimannya.

Antonim
            Antonim ialah perkataan-perkataan berlawanan seperti gemuk  lawannya kurus, tinggi lawannya rendah dan cerdik lawannya bodoh. Perkataan-perkataan tersebut adalah kata sifat. Tidak semua golongan kata boleh dikaji perkataan lawannya, khususnya bagi kata kerja seperti duduk, masak dan mandi. Ada juga kata kerja seperti  menangis-ketawa, keluar-masuk dan membuka-menutup. Ringkasnya, kita perlu melihat satu pertentangan yang paling sesuai untuk sesuatu kata kerja itu. Meskipun begitu, terdapat juga perkataan-perkataan kata nama yang sukar dicari perkataan lawannya seperti kertas, meja dan cawan.
Hiponim
            Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain yang lebih luas, iaitu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau yang tergolong dalam satu jenis.Misalnya :
 Mawar
Melati         mempunyai makna yang tergolong dalam bunga
Cempaka

Lori
Kereta            kenderaan
Bas

Merpati
Merbah           burung
Tiong

            Berdasarkan contoh-contoh yang diberi, didapati keluarga bunga, kenderaan, dan burung tidak terhad bilangannya.Walaupun begitu , dalam bahasa lain, seperti bahasa Inggeris; jelas sekali struktur pemeringkatan ahli keluarga dari segi jantina atau peringkat umurnua.
Misalnya :
                                                      dog
                          dog                      bitch                 puppy
                (anjing jantan )      (anjing betina )    (anak anjing)
Dalam bahasa Melayu, kita dapat mencari persamaan struktur makna sedemikian.Makna dalam perkataan-perkataan bahasa Melayu sentiasa berulang dalam anggota golongannya.
Contohya:                           

                                                  ayam
                   jantan                  betina                  anak
         ( bapa ayam )            ( induk ayam )      ( anak ayam )

Polisem
Polisem ialah pemakaian bentuk bahasa seperti kata, frasa dan sebagainya dengan makna yang berbeza-beza (Harimurti Kridalaksana, 1982). Lebih mudah lagi polisem ialah kata yang mempunyai banyak makna ( yang berbeza-beza ) tetapi berkaitan, menurut konteks penggunaannya.Misalnya:
1.       Pokok
(a)    Pokok pisang hidup subur.
( pokok bererti tumbuhan )
(b)   Pokok perbincangan mereka ialah tentang Bosnia.
( pokok bererti pusat perbincangan)

2.       Telur
(a)    Telur ayam sedap dimakan.
(telur beerti sesuatu yang dihasilkan oleh ayam )
(b)   Ayam telur banyak diternak.
(telur bererti jenis ayam)

3.       Kepala
(a)    Kepala berdarah terkena batu.
(kepala bererti bahagian anggota manusia)
(b)   Ali diberi amaran oleh kepala samseng itu supaya jangan bising.
(kepala bermaksud ketua)

No comments:

Post a Comment