I made this widget at MyFlashFetish.com.

NAHU ATAU TATABAHASA

Apa Dia Nahu?
Perkataan nahu atau tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan grammar. Perkataan grammar ini sebenarnya berasal daripada perkataan Greek, makna asasnya ialah “sesuatu seni bacaan dan penulisan”. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian(penghuraian) bahasa.Biasanya apabila orang menyebut nahu tradisional atau tradisional grammar, inilah maksud yang tergambar di dalam fikiran kita.
            Bagi menghuraikan apakah dia nahu, di sini dikemukakan pendapat Lyons(1971) yang tertulis di dalam artikelnya “structural Organization of Language-Grammar”. Menurut beliau, pada mulanya (iaitu pada zaman pengkajian bahasa khusus kepada bahasa Greek dan Latin) kajian nahu menumpukan perhatiannya kepada bahasa kesusasteraan dan perhatian yang kecil sahaja diberikan  kepada aspek lisan. Nahu merupakan aspek bahasa yang mesti diajar secara formal disekolah-sekolah sebagaimana kemahiran menulis dan membaca. Mereka tidak menekankan bahawa pertuturan adalah aspek  bahasa yang diucapkan berdasarkan kepada undang-undang atau nahu. Oleh yang demikian, bagi mereka ‘nahu’ mestilah preskriptif sifatnya, iaitu nahu mestilah merupakan peraturan-peraturan atau undang-undang bahasa yang dapat dijadikan pegangan di dalam penguasaan bahasa. Ahli-ahli tatabahasa mestilah menjalankan tugas mencipta undang-undang bagi pengucapan dan penulisan yang betul.
            Bagi Lyons, nahu tidaklah hanya harus ditinjau dari sudut pandangan tersebut ( sudut preskriptif) kerana nahu juga boleh ditinjau dari sudut deskriptif atau huraian. Berdasarkan sudut tinjauan deskriptif, nahu adalah satu kajian dalam bentuk huraian terhadap apa yang sebenarnya dipertuturkan orang, bukan “ apa yang sepatutnya dituturkan orang”. Huraian itu bolehlah berdasarkan kepada pandangan seseorang atau pandangan kita sendiri.
            Berdasarkan apa yang diutarakan oleh Lyons tadi, jelaslah bahawa maksud grammar atau nahu itu begitu luas sekali. Dalam ilmu linguistik moden, takrif nahu telah dikhususkan sedikit demi kepentingan kemudahan pengkajian.Aspek kajian nahu telah meninggalkan bidang fonetik, sebaliknya menumpukan kajian terhadap bidang morfologi dan sintaksis. Dengan demikian dapatlah ditakrifkan bahawa nahu atau tatabahasa adalah satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara saintifik dan kajiannya adalah ditumpukan kepada perkataan, proses pembentukkannya dan proses penyusunannya dalam membentuk ayat.
Jenis-jenis Nahu
(a)    Nahu Deskriptif
Nahu deskriptif ialah nahu yang memerikan tentang sesuatu bahasa dari segala segi pada suatu jangka masa yang tertentu berdasarkan bahan-bahan yang terdapat pada waktu itu. Bahan-bahan yang digunakan mungkin terdiri daripada bahan-bahan pertuturan atau lisan oleh penutur jati bahasa itu atau boleh juga menggunakan dokumen-dokumen bertulis seperti yang telah dibuat oleh Palmer atau menggunakan kedua-dua bahan sekali. Yang paling penting dalam nahu jenis  ini ialah “ mengkaji dan memerikan struktur sesuatu bahasa, iaitu memerikan bahasa sebagaimana kewujudannya.”
Bidang yang dikaji dalam linguistik deskriptif ialah bidang fonologi, morfologi dan sintaksis.
(b)   Nahu Transformasi Generatif
Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan kepada korpus-korpus(corpus) dan tujuan utamanya ialah untuk memudahkan seseorang mempelajari sesuatu bahasa itu membentuk ayat-ayat baru dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarinya.
(c)    Nahu Tradisional
Nahu tradisional adalah nahu yang tertua diantara jenis-jenis nahu lainnya. Nahu ini mementingkan precristive rules yang mesti dipatuhi. Jadi mengikut nahu ini undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan atau pengajaran bahasa mestilah berdasarkan kepada undang-undang tersebut. Ini bermakna nahu ini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa.

3 comments:

  1. assalamualaikum..boleh tak nk minta nyatakan sumber artikel ni?

    ReplyDelete
  2. Dia x jawab pun?
    Ini mungkin idea nya sendiri, kesimpulan yang dibuatnya sendiri.

    ReplyDelete
  3. saya dari masa hadapan.. masih tiada lagi jawapan

    ReplyDelete