I made this widget at MyFlashFetish.com.

BIDALAN

Bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.
Berikut ialah contoh-contoh bidalan:
1.     Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya.
Maksudnya: Kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan.

2.     Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh.
Maksudnya: Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya,pasti akan berjaya.

3.     Bagai orang berjudi, menang mua, kalah hendak membela.
Maksudnya : Melakukan perbuatan yang memang tercela, apa yang dibuat tetap merugikan semata-mata.

4.     Habis akal, barulah tawakal.
Maksudnya: Sesudah berikhtiar dengan sedaya upaya barulah berserah diri kepada Tuhan.

5.     Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Maksudnya: Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang jangan pandai-pandai mencuba bidang itu,akibatnya buruk.

6.     Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.
Maksudnya: Berfikir dengan teliti sebelum mengambil sebarang tindakan.

7.     Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Maksudnya: Sebaik-baik sedar akan sesuatu kesilapan, segera insaf dan membetulkannya.

8.     Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
Maksudnya: Kunci kejayaan ialah pada sifar sabar dan tekun.

9.     Tujuh kali pindah jadi papa.
Maksudnya: Perbuatan suka berpindah-randah dan bertukr-tukar kerja tidak mendatangkan sebarang keuntungan.

10.   Ukur baju di badan sendiri
Maksudnya : Lakukan sesuatu mengikut kemampuan dan keupayaan sendiri.

PERUMPAMAAN

Perumpamaan ialah  perbandingan makna yang sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan  ‘seolah-olah’, ‘ibarat’, ‘bak’, ‘seperti’, ‘laksana’ ‘macam’,’bagai’, dan ‘umpama’,. Istilah pinjaman Inggeris bagi perumpamaan ialah  ‘simili’.
    Berikut ialah contoh-contoh perumpamaan :
*       Laksana golok kayu, diletak tak makan, dijual tak laku.
Maksudnya : Sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

*       Bagai burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung.
Maksudnya: Hidup yang tidak bebas kerana terkongkong oleh adat, peraturan dan kuasa.

*       Umpama membungkus api.
Maksudnya: menyimpan rahsia yang lambat laun akan diketahui orang juga.

*       Ibarat mencangkul angin.
Maksudnya: angan-angan yang tidak disertai usaha.

*       Laksana perempuan mandul baru beranak.
Maksudnya:kegembiraan dan kesyukuran yang amat sangat kerana mendapat sesuatu yang hampir-hampir putus asa.

*       Bak mentimun bengkok.
Maksudnya: tidak dianggap penting dan diketepikan orang.

*       Macam ikan kena tuba.
Maksudnya: tidak berdaya upaya  atau terlalu sakit, hampir-hampir mati.

*       Ibarat perahu, tidak akan karam sebelah.
Maksudnya: kaum keluarga tidak akan membiarkan kita menderita sendiri.
Biasanya perkataan ‘seolah-olah’, ‘ibarat’, ‘laksana’, ‘bak’, ‘bagai’, ‘macam’, dan ‘umpama’, berada di hadapan perumpamaan. Tetapi ada kalanya perkataan-perkataan itu berada di tengah-tengah perumpamaan.
            Sebagai contoh:
*       Payah umpama memelihara diri dalam sarang lebah.
*       Pantas seperti lipas kudung.
*       Cantik bagai bulan penuh.
Perumpamaan boleh menjadi bidalan apabila didahului oleh perkataan ‘ jangan
            Sebagai contoh :
*       A) seperti menggenggam bara api, terasa hangat dilepaskan. ( perumpamaan)
*       B) Jangan digenggam seperti bara api, terasa hangat dilepaskan. ( bidalan)

Simpulan bahasa boleh menjadi perumpamaan apabila diberi perkataan ‘macam’, ‘seperti’ dan seumpamanya.
      Sebagai contoh:
*       A) Kaca terhempas ke batu. ( simpulan bahasa )
*       B) Seperti kaca terhempas ke batu. ( perumpamaan )

JENIS-JENIS PANTUN

PENGERTIAN PANTUN
Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.
JENIS PANTUN DAN CONTOHNYA
KUMPULAN PANTUN AGAMA
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga


Belatuk di atas dahan
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan
Kepada Allah kita bermohon


Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba


Terang bulan terang bercahaya
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati


Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat jasad tidak sembahyang


Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia janganlah tamak
Kalau mati tidak diikut


Banyaklah masa antara masa
Tidak seelok masa bersuka
Meninggalkan sembahyang jadi biasa
Tidak takut api neraka?


Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan


Kalau Tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Kuala Muda
Sembahyang itu perintah Tuhan
Jika ingkar masuk neraka


Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat


Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah


Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia


Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti
Tinggalkan sembahyang terlalu berani
Seperti tubuhnya takkan mati


Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan


Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga


Nyiur mudah luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita di bawah kehendak Allah


Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?


Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntutlah tuan
Barulah sempurna segala fardu


Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat


Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta doa kepada Tuhan


Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan


Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Duduk berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh


Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Turut mengikut alim ulama
Supaya betul jalan makrifat


Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat


Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung


Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi


Inderagiri pasirnya lumat
Kepah bercampur dengan lokan
Sedangkan nabi kasihkan umat
Inikan pula seorang insan


Anna Abadi pergi berenang
Sambil berenang berdondang sayang
Jika hidup dikurnia senang
Jangan lupa tikar sembahyang

KUMPULAN PANTUN ADAT

Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pesaka


Gadis Acheh berhati gundah
Menanti teruna menghulur tepak
Gula manis sirih menyembah
Adat dijunjung dipinggir tidak


Manis sungguh gula Melaka
Jangan dibancuh dibuat serbat
Sungguh teguh adat pusaka
Biar mati anak jangan mati adat


Anak teruna tiba di darat
Dari Makasar langsung ke Deli
Hidup di dunia biar beradat
Bahasa tidak dijual beli


Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitab Allah


Buah berangan di rumpun pinang
Limau kasturi berdaun muda
Kalau berkenan masuklah meminang
Tanda diri beradat budaya


Laksamana berbaju besi
Masuk ke hutan melanda-landa
Hidup berdiri dengan saksi
Adat berdiri dengan tanda


Berbuah lebat pohon mempelam
Rasanya manis dimakan sedap
Bersebarlah adat seluruh alam
Adat pusaka berpedoman kitab


Ikan berenang di dalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sirih pulang ke gagang


Pokok pinang ditanam rapat
Puyuh kini berlari-lari
Samalah kita menjunjung adat
Tunggak budaya semai dihati


Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melilit si kayu jati
Bukan datang sebarang datang
Datang membawa hajat di hati


Budak-budak berlari ke padang
Luka kaki terpijak duri
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan kami


Helang berbega Si Rajawali
Turun menyambar anak merbah
Dari jauh menjunjung duli
Sudah dekat lalu menyembah


Angin kencang turunlah badai
Seumur hidup cuma sekali
Tunduk kepala jatuh ke lantai
Jari sepuluh menjunjung duli


Gobek cantik gobek cik puan
Sirih dikunyah menjadi sepah
Tabik encik tabiklah tuan
Kami datang membawa sembah


Doa mustajab selalu terkabul
Kepada Allah kita panjatkan
Sebelum berlangsung ijab dan kabul
Majlis berinai kita dulukan

KATA GANDA

   Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
  1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
  2. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
                Kata ganda terdiri daripada:
                (a) kata ganda seluruh;
                (b) kata ganda semu;
                (c) kata ganda separa;
                (d) kata ganda bersajak atau berima;
                (e) kata ganda berimbuhan.
 Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling

1.  Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
Contoh :

Gandaan kata nama
Gandaan Kata kerja
Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat

 alat-alat, awal-awal ,balk-balk, benar-benar, besar-besar, budak-budak, cacing-cacing ,cepat-cepat,
kereta-kereta ,lazat-lazat,dan lain-lain.
 1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan  samaada sebahagian atau seluruhnya.
2. Kata ganda terdiri daripada:
                (a) kata ganda seluruh;
                (b) kata ganda semu;
                (c) kata ganda separa;
                (d) kata ganda bersajak atau berima;
                (e) kata ganda berimbuhan.

1 Kata Ganda Seluruh
 1.             Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.             Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (‑).
3.             Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Contoh  Kata Ganda Seluruh

alat-alat
awal-awal
benar-benar
besar-besar
budak-budak
cacing-cacing


2.  Kata Ganda Semu
1.  Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
2.  Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.
Contoh  Kata Ganda Semu

Kuda-kuda
Kupu-kupu
Kura-kura
Labah-labah
Laying-layang
Oleh-oleh


3.  Kata Ganda Separa
1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
 Contoh  Kata Ganda Separa

bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum
Jejentik
kekabu
kekisi
kekunci
kekuda
lelaki
Lelayang
pepejal
pepijat
pepenjuru
rerambut
sesiku
sesungut


4.      Kata Ganda Bersajak/Berima
 1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.


-PERSAMAAN BUNYI


(di pangkal)                                       (di hujung)                                 (seluruhnya)
batu-batan
anak-pinak
bolak-batik
beli-belah
calar-balar
compang-camping
bengkang-bengkok
cerai-berai
dolak-dalik
corat-coret
comot-momot
gopoh-gapah
degap-degup
gotong-royong
gunung-ganang
dentam-dentum
karut-marut
haru-biru
desas-Jesus
kaya-raya
huru-hara
gembar-gembur
kuih-muih
huyung-hayang
gerak-geri
pindah-randah
kacau-bilau



 Gandaan Separa  Separuh
 1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :

lelaki
bebola
lelabah
pepohon
jejari
kekuda
jejentik
kekabu
dedaun
kekisi

 Gandaan Berirama
 1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :

lauk-pauk
batu-bata
saudara-mara
bukit-bukau
kacau-bilau
tunggang-langgang
tanah-tanih
semak-samun
bengkang-bengkok
gelap-gelita


 Gandaan Menyalin
 1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :

tahu-menahu
tolong-menolong
jahit-menjahit
tarik-menarik
kejar-mengejar
sulam-menyulam
tawar-menawar
kata-mengata
sepak-menyepak
karang-mengarang
tari-menari
tangis-menangis
rampas-merampas
tumbuk-menumbuk
simpan-menyimpan