A) Ayat Cakap Ajuk
Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu.Ini bermakna cakap ajuk berupa petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.
Ayat cakap ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata dalam tulisan ( “.....”)
B) Ayat Cakap Pindah
Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada bentuk karangan.
Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata.
Walaupun bentuknya berbeza daripada bentuk ayat cakap ajuk tetapi maksud yang disampaikan adalah sama.
Langkah-langkah menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah:
i. Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata.
ii. Mengenal pasti kata kerja yang sesuai, misalnya menyuruh,meminta,mempersilakan,memberitahu,menerangkan,menjelaskan,melarang,menasihatkan dan sebagainya.
iii. Menukarkan kata ganti nama dan kata keterangan yang digunakan, contoh:
Golongan kata | Ayat Cakap Ajuk | Ayat Cakap Pindah |
Kata ganti nama diri Kata ganti nama tempat Kata ganti nama tunjuk Kata keterangan masa Kata keterangan cara | · saya,aku · kami · beta · awak,kamu,engkau · kamu semua · dia · sini · ini · sekarang · hari ini · esok · semalam · malam tadi · kelmarin · begini | · dia, beliau · mereka · baginda · dia,-nya · mereka · -nya · situ · itu · masa itu · hari itu · keesokkan harinya · pada hari yang lepas · malam yang lepas · dua hari yang lalu · begitu |
Latihan
A. Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah.
1. “Jemputlah makan kuih ini,” kata Puan Aishah kepada Puan Atie.
2. “Siapakah yang mengambil pen saya,” Tanya Ahmad kepada Shaari.
3. “Kamu perlu berhati-hati semasa melintas jalan,” kata Puan Nina kepada anaknya.
4. “Jali, jangan mengusik adik,” kata Puan Rozita
5. “Tolong tunjukkan kad pengenalan encik,”kata polis kepada Tuan Ahmad.
B. Tukar ayat cakap pindah di bawah kepada ayat cakap ajuk.
1. Puan Lina mengaduh kesakitan pada kakinya.
2. Encik Zul melarang Kamal menonton televisyen sebelum menyiapkan kerja rumah.
3. Alan mengajak Kadir pergi ke rumah Siva.
4. Encik Mazlan menasihatnya supaya rajin belajar dan menjadi orang yang berguna.
5. Cikgu Razmi mengingatkan murid-muridnya supaya membawa pakaian sukan masing-masing untuk latihan yang akan diadakan pada esoknya.
Apa jawapan semua tu cikgu
ReplyDeletecarilah sendiri siapa kau ni ha kau ingatkan cikgu yang kena bagi semua jawapan ke
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteterima kasih cikgu...banyak ilmu kami dapat
ReplyDeletekami murid sk cikgu mior shaharuddin dan dibimbing oleh cikgu kami.
ReplyDelete